Aku Suri Rumah Sepenuh Masa

1 comments

Hi .......... Rasa janggal nak menulis kembali, maklumlah dah lama x menulis kan.... Aku sekarang dah jadi suri rumah sepenuh masa mungkin sehingga habis pantang kemudian aku akan mencari kerja semula..... Maklumlah dalam ekonomi sekarang aku kena bantu suami aku mencari rezeki untuk kesenangan kami sekeluarga.......

Setelah hampir sebulan aku duduk di rumah baru aku rasa erti penat lelah seorang isteri sepenuh masa kerana kerja dirumah memang x pernah akan habis...tambahan pula aku sekarang tengah sarat sekarang ni tambahan pula adam dah semakin bertambah aktif.... Kadang2 aku hampir putus asa juga dan jangan x percaya aku pernah menangis dalam bilik kerana terlalu letih (Nampak sangat aku ni lemah sangatkan ....bayangkanlah mak2 kita menjaga anak yang ramai tu...)

Dari sudut positifnya pula aku dah pandai masak....( ni adik aku cakaplah + hubby aku pun kata ok + ibu ngan ayah pun dah x der komplen tentang masakan aku)....dulu aku malas nak masak coz mesti selalu kena kutuk so aku cepat give up....so lepas dah jadi suri rumah ni x kan aku nak masak goreng2 jer macam selalu...so skg aku dah leh masak kari + sambal + gulai2 +dan semualah hehehehehe......

Tapi serius memang letih sangat22.... tuhan jer yang tahu, plus aku ni tgh mengandung so mmg cepat sangat sensitif sb bila badan dah letih mulalah suh hubby picit2 kan badan aku mcmlah hubby aku x letihkan...bila hubby aku lmbt picit mulalah aku naik hangin......

So aku harap lepas ni aku akan semakin tabah menghadapi dugaan hidup ni.....Doakanlah aku k................moga lepas ni x der lagi drama2 air mata ni hehehehe.............

aku kini kembali

1 comments
Sudah lama aku menyepikan diri ..... Settlekan masalah peribadi + Melawan daya tahan diri yang lemah +Menjaga anak (coz sekarang aku sudah menjadi surirumah sepenuh masa) .... + nak setup umah baru siap dan macam 2 lagi...

nanti aku akan ceritakan satu persatu so TUNGGUUUUUUUUUUUUUUU................

ISU SEBAT

1 comments
Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...











SEBAT CARA SIVIL















Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.




"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Mari belajar menulis bersama Adam

0 comments
Huhuhu ..... Adam sekarang dah pantang tengok kertas A4 or kertas putih mesti mintak pen sekali tp pensel x nak eks...... Mula2 terkejut jer sb masa aku menulis depan die, die tengok jer.... pastu aku saje letak pen sebelah die... terkejt aku die boleh pengang pen macam budak dah tadika .... aku langsung x ajar die cara pegang pen tu... harap2 rajin smpi kebesarlah jangan hangat2 taik ayam jer

















Isteri adalah anugerah Allah

2 comments
Pagi2 sebelum memulakan kerja yang brlambak2 ni aku terbaca blog hati aku tersentuh bila terbaca sepotong ayat dari seorang lelaki " isteri tu adelah anugerah yang diutuskan Allah kepada setiap lelaki untuk diperlihara bukan dipermainkan.. insyaallah......

Ramai orang terlupa bahawa isteri itu adalah anugerah yang punyai hati dan perasaan.... kenapa aku begitu emosi? mungkin disebabkan kerana aku berbadan dua jiwa dan perasaan aku cepat tersentuh..... Ya Allah Tabahkanlah hati ku menghadapi hari2 yang mendatang....

Kesilapan/Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

2 comments
Kesilapan/Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan
dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan
utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan
jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat
tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat,
puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut
cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul
(menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh)
dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampong dengar… kadang2 sejam
atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana
mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada
orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas
bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan
dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca
sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala,
rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2,
tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran
sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau
nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu
cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke
masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan,
makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang
nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru
sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat
jugak.. itu cumalah gangguan syaitan sahaja.. memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan
dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan
dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab
panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah
bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah,
tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali
kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir
pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua
itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang
terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..
Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana
terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut..
Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin"
dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah
dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg
kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah
jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu
mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau
menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita
solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah
nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape
la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2
lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..


10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena
pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi
haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah,
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu
dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak
sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun
selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat
ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu
pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun
keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal
mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,
malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan
utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...

SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 18 OGOS 2009

0 comments

SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 DAN

TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 18 OGOS 2009

Dimaklumkan sehingga 18 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, 36 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Sementara itu 156 orang telah discaj dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral . Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, di dapati 21 kes mempunyai faktor risiko iaitu DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak – kanak

di bawah setahun (3).


Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Seorang wanita berumur 33 tahun telah dirujuk ke ICU hospital pada 7/8/09 di mana radang paru-paru yang dihadapinya bertambah teruk setelah 4 hari mendapat rawatan di hospital swasta. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 31/7/09 (dirawat di klinik swasta selama 2 hari dan dirujuk ke hospital swasta kerana radang paru-paru pada 3/8/2009). Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12/8/09 disebabkan oleh severe bronchopneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 12/08/09.
  2. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dimasukkan ke Hospital pada 27/7/09 dan telah didiagnosa sebagai Systemic Lupus Erythematous . Kemudian pada 5/8/2009 beliau dipindahkan ke ICU dengan gejala susah bernafas, sakit dada dan sakit perut. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 13/8/09 disebabkan oleh Systemic Lupus Erythematous with severe pnuemonia with renal impairment . Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/8/2009.
  3. Seorang warga emas berumur 71 pula adalah merupakan pengidap Chronic Obstrutive Airway (COAD), Hypertension, Ischaemic Heart Disease and Type II Diabetes Mellitus mengalami demam, batuk dan susah nafas selama 2 hari dimasukkan ke hospital pada 12/8/09. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 12/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 14/8/09 oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pnuemonia . Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15/8/2009.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>380C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

3. Individu yang telah menjalani ujian “ rapid test ” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.


Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my .
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 18 Ogos 2009

bERUANG, sINGA dan bABI

0 comments
Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang kata: "sekali ja aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa kata: "eleh, sekali ja aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi kata: " Wa La Weh.... sekali ja aku batuk, satu dunia panik.!"

Waktu maghrib tutuplah pintu

5 comments



Amalan Murah Rezeki

1 comments
Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !



AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.
..




Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih m anis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
 
Copyright @ 2009 NUR AZEEDA | Made By: Kranthi Swaroop | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top